Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Pertikai Keperluan Lancar Lagu Duet Fattah, Fazura

Lands-P-13.png

 

Advertisement

Sebuah label rakaman Indonesia, Hits Records akan melancarkan lagu duet Fattah Amin bersama bekas isterinya, Fazura yang berjudul 'Bertahan Demi Cinta' walaupun ikatan perkahwinan mereka telah berakhir Isnin lalu.

Menerusi perkongsian Hit Records di Instagram milik mereka, single duet itu boleh didengar di semua pelantar digital bermula 10 Oktober ini.

Difahamkan lagu ciptaan Ippo Hafiz itu dirakamkan ketika mereka masih berstatus suami isteri.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat lagu berkenaan tidak lagi sesuai dilancarkan kerana pasangan tersebut baru sahaja berpisah, semalam.

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

 

Sumber: Sinar Harian

SINAR Muzik Retro Terbaik