Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Nak Boikot Amir Raja Lawak? Apa Cerita?

Pelawak, Amir Raja Lawak mendedahkan dia dituduh orang ramai akibat menggunakan nama singkatan “Amirreka”.

netizen nak boikot amir raja lawak? apa cerita?

Malah, orang ramai juga mahu memboikot produk Amir kerana menyangkakan dia mempunyai kaitan dengan negara Amerika.

Advertisement

Berusia 34 tahun, dia tampil membuat penjelasan terhadap isu tersebut dan menerangkan kepada seluruh warga Malaysia berkenaan isu tersebut.

Amir mengatakan perniagaannya ‘Air Jagung Amirreka’ itu sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan negara Amerika.

“Ya Allah, dah terang-terang saya ni ‘Amirreka’ bermaksud Amir reka ataupun Amir yang reka. Air jagung Amirreka ni dah tentu maksudnya air jagung amir yang reka,” katanya di ruangan komen.

Dia berharap orang ramai tidak menuduh sewenang-wenangnya kerana salah faham sebegitu dapat menjejaskan perniagaannya.

“Saya ‘Amir Reka’ bukannya Amerika. Mohon bezakan baik-baik ya. Saya mohon maaf jika ada yang keliru. Saya harap dengan penjelasan saya di komen semua jelaslah ya.

“Saya ini ada ejen dan mereka (ejen-ejen) juga cari rezeki. Kasihan ejen-ejen saya kalau perniagaan saya terjejas disebabkan benda-benda begini,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik