Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ning Baizura Dikecam Netizen Akibat Tak Tahu Tentang Rafah

Penyanyi, Ning Baizura dikecam hebat warganet akibat tidak tahu tenang Rafah ketika siaran langsung di laman Instagram miliknya.

ning baizura dikecam netizen akibat tak tahu tentang rafah

Dia yang sedang membuat siaran langsung Instagram membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’ (semua perhatian buat Rafah).

Advertisement

Namun, warganet terkejut dengan reaksi yang diberikan penyanyi itu seolah-olah dia tidak memahami perkara tersebut sekali gus memberi bayangan dia tidak cakna dengan isu semasa terutamanya peperangan di Palestin ketika ini.

“All Eyes on Rafah… who’s that? (Siapa itu),” jawabnya.

Pelbagai reaksi yang diberikan warganet dan ramai di antara mereka mengecam penyanyi berkenaan yang didakwa tidak cakna akan isu semasa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik