Pelakon versatil, Zarina Zainuddin beranikan diri untuk memperjelaskan tentang perubahan bentuk hidungnya yang dikecam warganet.
Perkara ini disebut-sebut warganet apabila beberapa hantaran video yang dimuatnaik pelakon itu di laman media sosial miliknya.
Advertisement

Malah, ramai yang beranggapan Zarina membuat pembedahan plastik di bahagian hidung untuk tujuan kecantikan.
Uasahan terkenal itu tampil memberitahu sebab dia melakukan pembedahan itu akibat masalah sinus yang dihadapinya.
Tambahnya, masalah itu boleh menyebabkan dia mengalami migrain yang teruk jika tidak melakukan pembedahan tersebut.
"Saya baca macam-macam komen daripada anda semua di luar sana yang tidak kenal pun saya dan tak tahu apa pun masalah saya.
“Sebenarnya saya mengalami masalah sinus yang teruk dan juga migraine. Kadang-kadang saya rasa macam nak buka tudung sebab kepala saya sakit sangat.
"Saya telah pergi jumpa doktor dan buat pembedahan untuk keluarkan bendalir yang terdapat di kawasan bawah mata. Doktor telah buka hidung saya untuk buang semua bendalir itu.
"Ingat saya nak hidung macam ni ke? Hidung saya dah cantik dah dulu. Saya buat pembedahan ini adalah untuk tujuan perubatan,” katanya.
Zarina juga berharap agar warganet di luar sana untuk tidak mengeluarkan kata-kata tidak benar terhadap dirinya tanpa usul periksa dan mendoakannya.
"Jadi kepada sesiapa yang tidak tahu menahu, jangan komen sesuka hati. Korang jumpa aku kat akhirat nanti. Ingat saya nak hidung macam ni ke," ujarnya.
Sumber: Getaran