Penyanyi, Syamel menepis dan tidak mahu melayan dakwaan tentang penyebaran fitnah yang menuduh isterinya, Ernie Zakri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Malah, dia dan Ernie tidak pernah terfikir untuk berjumpa dengan individu terbabit bagi mendapatkan penjelasan mahupun mengambil tindakan undang-undang.
Advertisement
“Sejujurnya saya dan isteri tak nak ambil tahu atau layan orang sebegini sebab merasakan dia tak layak pun dapat sebarang komen mengenai gangguannya terhadap kami.
“Bukan sahaja berjumpa, kami juga tidak nampak keperluan mengajukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana dia juga tak layak untuk membuang masa kami.
“Jika dibawa ke muka pengadilan, tentu saja menuntut komitmen tinggi. Jadi bagi saya, dia memang tidak boleh diberikan perhatian sesiapa,” katanya.
Tambahnya, Syamel juga mengakui lebih selesa untuk tidak memanjangkan perkara berkenaan.
Sumber: Kosmo Online