Pelakon, Diana Danielle tampil membuat penjelasan tentang berat badannya bertambah dan dakwaan ramai dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Berusia 32 tahun, Diana mengakui perubahan selera makan yang semakin bertambah berbanding dirinya sebelum ini telah menyebabkan berat badan bertambah.
Advertisement
“Seperti yang anda lihat, berat badan saya semakin bertambah. Terimalah kenyataan bahawa saya ada selera untuk makan ketika ini.
“Saya sejenis yang susah ada selera dan makan sikit. Saya juga tak suka makan sampai rasa kenyang,” katanya.
Tambahnya, dia kini berada dalam fasa membenarkan berat badannya bertambah sebelum sifat malas makan kembali.
“Jadi, sementara masih berselera dan seronok menikmati makanan, saya benarkan diri untuk tambah bedan sebelum satu masa nanti akan malas makan semula.
“Memang dah begini sejak dulu, jadi saya tidak hamil,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online