Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Neelofa, PU Riz Syukur Timang Cahaya Mata Kedua

Selebriti dan usahawan, Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya bersama suami Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada jam 10.45 malam kelmarin.

neelofa, pu riz syukur timang cahaya mata kedua

Menurut perkongsian PU Riz, dia meluahkan rasa syukur kerana isteri dan bayinya dalam keadaan sihat.

Advertisement

"Alhamdulillah, isteri dan bayi dalam keadaan sihat," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Malah, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Macam anak sulung dulu, kali ini pun saya berada di sisi isteri sepanjang proses bersalin itu. Dia memang kuat. Apa pun, terima kasih kepada keluarga dan semua yang sentiasa menitipkan doa buat kami sekeluarga," katanya.

Tambahnya, nama bayi mereka itu akan dikongsikan kepada umum selepas genap usia 7 hari.

"Semoga kehadiran anak kedua ini selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

"Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.

Insya-Allah," katanya.

Sumber: Harian Metro 
 

SINAR Muzik Retro Terbaik