![[video] usap perut, ramai tanya neelofa mengandung?](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Jan/30/lofa_2.png)
Anak pertama kepada selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Muhammad Bilal menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama semalam.
Advertisement
Neelofa dan suami, Hariz Ismal mengadakan sambutan ulang tahun buat anak mereka yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
Menerusi perkongsian insta story taniabadrulhisham, ada yang menarik perhatian apabila Neelofa acap kali mengusap perutnya ketika majlis berlangsung.
Dalam video tersebut, Neelofa sedang membuat pengumuman kepada tetamu.
“Siapa nak main boleh teruskan main. Yang nak solat boleh solat di bawah, level M ada surau,” sambal mengusap perutnya.
Ramai netizen yang bertanya adakah Neelofa kini sedang hamil anak kedua?
@tepungkek neelofa mengandung lagi 🤭 #fypシ #fypシ #fypシ゚viral #fypage #neelofa ♬ Hei Apa Apa x Tik Tak Tik Tik - Donny Fernanda
“Confirm mengandung..dah Nampak baby bump
“Semua ibu hamil auto pegang perut bila hamil..
“Alhamdulilllah rezeki mereka. Seronok tengok
Semua mendoakan dan mengucapkan tahniah sekiranya benar kini Neelofa sedang hamil. Kita doakan yang terbaik !