Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Neelofa Tampil Dedahkan Berita Kehamilan Anak Kedua

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kehamilan anak kedua.

Noor Neelofa Mohd Noor atau mesra disapa Neelofa mengesahkan ramai orang luar sudah mula melihat perubahan ketara pada bentuk tubuhnya.

Advertisement

neelofa tampil dedahkan berita kehamilan anak kedua

"Ya, half way to go (pertengahan jalan). Jadi faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Alhamdulillah ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya.

"Ramai juga yang menghantar mesej peribadi di media sosial, syukur Alhamdulillah.

"Saya akui kehamilan ini tak mudah memandangkan saya pun aktif pergi sana sini dengan anak kecil lagi. Tapi saya bersyukur segala urusan saya dipermudahkan," katanya.

Tambahnya, dia tidak kisah soal jantina anak keduanya asalkan anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna.

"Berkenaan jantina saya memang tak memilih dari kehamilan pertama lagi. Saya terima saja," katanya.

Malah, dia bersyukur keadaannya masih sihat dan tidak mengalami alahan yang teruk sebagai wanita yang mengandung.

"Dari kehamilan pertama, memang tidak teruk Alhamdulillah. Kalau dibandingkan dengan kenalan saya yang tidak boleh bangun dari katil. Saya sangat syukur.

"Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat tapi semua baik-baik saja. Dari segi perubahan bentuk badan, rasa, hormon dan banyak lagi. Tapi saya seperti mereka yang banyak kali hamil, yang sudah biasa dengan semua itu," jelasnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik