Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Neelofa Tampil Beri Penjelasan Dakwaan Hamil Anak Kedua

Baru-baru ini, usahawan dan selebriti terkenal Neelofa mendapat perhatian ramai apabila warganet mempersoalkan dakwaan dirinya sedang hamil cahaya mata kedua.

neelofa tampil beri penjelasan dakwaan hamil anak kedua

Namun, Neelofa tidak mengiyakan atau menidakkan berkenaan isu tersebut tetapi lebih selesa membiarkan persoalan perubahan fizikalnya.

Advertisement

“Perkara yang belum pasti, bagi saya tak perlu hebahkan lagi. Sama la macam perkahwinan dan kelahiran. Kita layan apa saja komen orang dan hargainya.

“Saya sendiri masa hamil anak pertama, bila dah nampak perut besar tu, maksudnya Insya-Allah (hamil). Tapi 'just go with the flow' (hanya ikut arus). Kalau hamil anak kedua, ketiga atau seterusnya ini juga pendirian saya,” katanya.

Tambahnya, PU Riz yang merupakan suami kepada Neelofa turut menyokong kenyataan isterinya dan memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan buat mereka.

"Doa yang baik-baik, kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, dia faham. Bukan nak menafikan atau mengesahkan. Sebab kita apa-apa pun, yang berlaku, kita minta yang terjadi itu yang terbaik," ujarnya.

Terdahulu, Neelofa didakwa hamil anak kedua setelah video yang menampakkan perubahan fizikal pada bahagian perutnya yang tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik