Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nama Isteri ‘Dipetik’ Kes Aliff Aziz, Suami Nora Danish Beri Amaran

Suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim meluahkan rasa kurang selesa apabila ada sesetengah individu menggunakan nama isterinya didakwa terlibat dengan isu kontroversi Aliff Aziz.

nama isteri ‘dipetik’ kes aliff aziz, suami nora danish beri amaran

Berusia 41 tahun, Nedim memberi amaran kepada semua pihak agar tidak melibatkan isterinya itu dalam kes tersebut.

Advertisement

“Saya harap semua sihat, lama saya tidak bersuara. Rasanya sebelum ini macam tiada apa-apa.

“Cuma saya nak tanya hebat betul Aliff Aziz ini sampai nama isteri saya pun terpalit?

“Bagi saya saudari jangan petik nama isteri saya dengan senang. Kalau tak bersalah baik diam,” tulisnya dalam Instagram Story.

Tambahnya, Nedim juga menegaskan buat pihak tidak bertanggungjawab itu akan akibat sekiranya nama Nora terus terpalit dalam isu panas itu.

“Awak tahu apa akan terjadi pada awak. Sekian terima kasih,” tutupnya memberi amaran.

Namun, pelbagai tanda tanya peminat dan warganet tentang isu tersebut kerana dia tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai amaran tersebut ditujukan kepada siapa dan individu mana yang mengheret nama isterinya.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik