Penyanyi, Naim Daniel tidak menyangka persembahan nyanyian secara terbalik itu mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR).

Malah, Naim juga menegaskan aksi persembahan yang dilakukan dibawah pengawasan profesional.
Advertisement
"Sebelum melakukan persembahan terbalik itu, saya dan pihak pengurusan sudah berjumpa dengan produksi AJL37 serta doktor, untuk berbincang mengenai persembahan yang akan dilakukan.
"Selain itu, turut dititikberatkan bagaimana teknik pernafasan yang sesuai semasa berada di atas.
"Saya juga ingin mengingatkan kepada orang ramai, supaya jangan melakukan aksi ini tanpa pengawasan individu profesional," jelasnya.
Ramai yang terpesona apabila menyaksikan persembahan Naim menyanyikan lagu Mainan secara tergantung dengan kaki di atas dan kepalanya di bawah secara langsung di program televisyen.
Sumber: Harian Metro