Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan sudah menerima lamaran lelaki pilihan hati, Nik Iruwan Nik Izani.

Menurut perkongsiannya di laman Instagram, gambar itu jelas menunjukkan dia dilihat bersama bekas pemandu litar Formula itu melutut di hadapannya berlatarkan lagu New Chapter.
Advertisement
“I said yes,” katanya di kapsyen.
Ramai peminat tumpang gembira dengan penyanyi itu dan foto berkenaan dikatakan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan.
Setakat ini, Nabila dan Nik Iruwan tidak mengesahkan perkara tersebut biarpun persiapan perkahwinan termasuk busana pengantin dan layah yang bersulam huruf pangkal namanya sudah disiapkan seorang pereka fesyen terkenal.
Sumber: Kosmo Online