Baru-baru ini, Atu Zero selaku pelawak tanah air tular apabila membahan penyanyi, Nabila Razali ketika rancangan The Masked Singer Malaysia, musim ketiga minggu lalu.
Nabila Razali juga kesal dengan kenyataan Atu itu yang mengatakan dia tidak boleh menyanyi dengan baik secara langsung.
Advertisement

Menurut Nabila, gurauan itu langsung tidak lucu baginya kerana dia sudah sehabis baik memperbaiki nyanyiannya saban tahun.
Susulan itu, isteri Atu Zero, Shafeeqa Johari tampil membuat permohonan maaf terhadap tindakan suaminya yang telah membuat gurauan tersebut.
Menurut perkongsian di laman Instagramnya, dia menjelaskan Atu sekadar melawak sahaja dan tiada niat lain.
Namun, Shafeeqa menganggap suaminya Atu bukanlah sombong seperti anggapan orang lain.
Dia juga berharap orang ramai tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap Atu yang kerjayanya sebagai penghibur.
“Kami ini bukan siapa-siapa. Dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa. Demi Allah tidak sombong insan bernama Atu ini,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan, Atu sudah memohon maaf terhadap kesilapannya menerusi Direct Message (DM) di Instagram tetapi masih tidak mendapat balas lagi daripada Nabila.