Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Razali Sudah Bertunang Dengan Pilihan Hati

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, malam kelmarin.

nabila razali sudah bertunang dengan pilihan hati

Malah, majlis pertunangan Nabila juga difahamkan telah diadakan di rumah barunya di Selayang, Selangor.

Advertisement

Menurut laporan media dan sumber rapat penyanyi itu, majlis terbabit hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak menyatakan tarikh untuk bernikah lagi, namun dijangka pada tahun depan.

Setakat ini, para peminat masih menunggu kenyataan daripada Nabila sendiri tentang majlis pertunangannya itu.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik