Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nabila Huda Angkat Martabat Malaysia, Gayakan Lebih 30 Kebaya Di New York

Pelakon, Nabila Huda menepis fesyen barat tetapi membawa lebih 30 pasang kebaya pelbagai warna untuk dipakai sepanjang dua bulan berada di New York, Amerika Syarikat.

nabila huda angkat martabat malaysia, gayakan lebih 30 kebaya di new york

Mesra disapa Abil, dia mempunyai niat untuk mempromosikan budaya tanah air ke luar negara dengan menggayakan pelbagai baju kebaya miliknya.

Advertisement

Menurut perkongsian di laman Instagramnya, Abil dilihat berkongsi baju-baju kebaya yang dibawanya dari Malaysia yang ditaja oleh Royal Kebaya.

“Kenapa nak pakai macam ‘New Yorker’ sedangkan kita patut bangga dengan pakaian tradisional kita (kebaya). Kita patut berbangga dengan budaya dan batik Malaysia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

“Jadi saya memilih kebaya untuk travelog saya kali ini. Mesti cantik bila jalan terkedek-kedek dekat Times Square nanti,” tulisnya.

Malah, dia juga teruja apabila membawa bersama pelbagai aksesori untuk dipadankan sekali dengan baju kebaya dipakainya nanti.

“30 hari, 30 kebaya. Saya siap bawa sebakul aksesori untuk dipadankan dengan kebaya. Terima kasih untuk penaja. Saya akan jaga elok-elok. Janji,” ujarnya.

Pelbagai reaksi warganet terhadap tindakan Abil yang mahu memartabatkan budaya Malaysia dengan mengenakan baju kebaya di sana.

“Terbaik Abil martabatkan budaya kita. Mesti cantik,” komen seorang warganet.

“Yes! Jangan lupa cucuk sanggul,” ujar seorang peminatnya.

“Cepatlah pakai. Tak sabar nak tengok Abil bergaya pakai kebaya di New York,” kata seorang pengguna Instagram.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik