Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Muka Ruhainies Kena ‘Blur’ Dalam Iklan Ramadan, Netizen Berseloroh

Baru-baru ini, sebuah jenama produk kecantikan mendapat perhatian warganet apabila bertindak mengaburkan wajah Ruhainies daripada video iklan ucapan berbuka puasa sempena Ramadan tahun ini.

muka ruhainies kena ‘blur’ dalam iklan ramadan, netizen berseloroh

Menurut perkongsian video tersebut, ia jelas memaparkan produk kecantikan berkenaan telah mengambil sebanyak tiga selebriti iaitu Wany Hasrita, Hisham Hamid dan juga Ruhainies untuk turut serta dalam video itu.

Advertisement

Malah, pihak syarikat berkenaan memohon maaf dan tak sokong sebarang perbuatan tak baik dan kontroversi.

Tambahnya, pihaknya tidak akan berkompromi dan tidak menyokong mana-mana pihak yang terpalit dengan kelakuan buruk serta kontroversi.

Pelbagai reaksi daripada warganet terhadap tindakan syarikat berkenaan tetapi kebanyakan mereka menyokong tindakan tersebut bagi memberi pengajaran.

Sumber: The Rakyat Post
 

SINAR Muzik Retro Terbaik