Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mamat Exists Ambil Dadah, Bakal Dihantar Ke Hospital Psikiatri

Bekas vokalis Exists, Mamat dilihat telah didakwa atas kes memiliki dan mengambil dadah pada lima tahun lalu.

mamat exists ambil dadah, bakal dihantar ke hospital psikiatri

Penyanyi itu berharap peminat mendoakan dirinya yang kini berdepan pendakwaan tersebut dan dia memaklumkan akan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Psikiatri Permai, bermula Selasa.

Advertisement

"Alhamdulillah, sekarang ni saya tengah hadapi kes 39C (Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952). Selain itu saya juga perlu dihantar ke Pusat Psikiatri untuk mendapatkan rawatan lanjut bermula hari ini.

"Semoga semua peminat dapat beri sokongan yang lebih baik untuk saya agar boleh teruskan dalam aktiviti seni selepas ini, terima kasih," katanya.

Terdahulu, Mamat berdepan dua pertuduhan melibatkan kesalahan dadah masing-masing di bawah Seksyen 39C dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, peguamnya, Azlina Abdul Aziz berkata, anak guamnya didakwa atas kesalahan lama iaitu pada 2019.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik