Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Priyanka Chopra Dedah Miliki Anak Pertama Melalui Kaedah Ibu Tumpang

priyanka chopra dedah miliki anak pertama melalui kaedah ibu tumpang

Mencipta nama dari Bollywood ke Hollywood, Priyanka Chopra mendedahkan kisah di sebalik kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Nick Jonas.

Advertisement

Anak yang diberi nama Malti Marie, 10 bulan dilahirkan melalui kaedah ibu tumpang disebabkan masalah kesihatan yang dialami Priyanka. Dalam satu temubual bersama Vogue, Priyanka menceritakan pengalaman dan perjalanannya hingga anak perempuannya itu berada dalam pelukannya buat kali pertama.

Pada tahun lalu, pasangan popular tersebut ada memuat naik gambar di Instagram memberitahu perkhabaran tentang kelahiran anak pertama mereka.

“Selepas 100 hari berada di NICU, anak perempuan kami akhirnya sudah boleh pulang ke rumah.” tulisnya setahun yang lalu.

Menurutnya, Malti lahir dalam keadaan tak cukup bulan pada trimester ketiga dan menerima rawatan di NICU.

“Saya ingat waktu itu dia sangat kecil. Lebih kecil dari tangan saya,” jelas Priyanka.

Disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya, menurut Priyanka kaedah ibu tumpeng adalah yang terbaik buat mereka.

“Terima kasih kerana menjadikan saya seorang ibu,” ucapan terima kasih Priyanka buat suaminya Nick Jonas.

Priyanka menjelaskan ibu tumpeng Malti seorang yang baik dan penyanyang. Dia juga menjaga Malti selama dalam kandungan dengan baik. 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Priyanka (@priyankachopra)

Sumber : Instagram Priyanka Chopra 

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik