Pelakon terkenal Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh menjunjung kasih buat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas ucapan tahniah.

Beliau yang telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam menjadikan kebanggan buat Malaysia.
Advertisement
Malah, Michelle Yeoh juga tidak henti mengucapkan terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang sentiasa menyokongnya sebagai anak seni di dunia Hollywood.
Berusia 60 tahun, beliau berkongsi kegembiraan dan keterujaan menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya.
Beliau turut merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang menitipkan ucapan tahniah dan kata-kata motivasi buatnya termasuk yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Malah, beliau juga menghargai buat semua yang telah menyokong, berkongsi ilmu dan membantunya sepanjang menjadi anak seni serta kariernya di industri hiburan Hollywood.
“Terima kasih di atas mesej-mesej yang dikirim dan saya masih membalasnya,” tulisnya di kapsyen.