Penyanyi, pelakon dan pelawak era 1980-an, Mek Habsah menghembuskan nafas terakhir jam 2.45 pagi tadi akibat penyakit paru-paru kronik.

Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar, menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur.
Advertisement
Cucu Allahyarham, Huraimi Hilman berkongsi berita duka ini dan dia memaklumkan kesihatan neneknya merosot sejak 12 Julai dan semakin teruk tiga hari lalu.
“Pada 12 Julai lalu arwah ke hospital bagi menjalani sesi rawatan rutin tetapi doktor maklumkan kondisi paru-parunya bertambah lemah yang membuatkan nenek ditahan untuk rawatan.
“Keadaannya ketika itu macam biasa, malah masih larat berbual dan membalas mesej Whatsapp, namun masih menggunakan bantuan oksigen sepanjang masa untuk bernafas.
“Sebelum ini pun sudah bertahun-tahun nenek bergantung kepada tabung oksigen untuk ke mana-mana, selain aktif menghadiri kelas agama,” katanya.
Sumber: Kosmo Online