Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tetap Sokong Palestin, Meerqeen Tak Mahu Menunjuk-Nunjuk

Baru-baru ini, warganet Malaysia dikejutkan dengan gerakan Blockout 2024 yang melibatkan ramai selebriti dan pempengaruh yang didakwa terbabit dengan jenama pro-Israel atau tidak bersuara langsung tentang Palestin.

tetap sokong palestin, meerqeen tak mahu menunjuk-nunjuk

Pelakon, Meerqeen juga termasuk dalam senarai gerakan tersebut dan dia menegaskan tidak pernah mengabaikan situasi getir yang menimpa penduduk Palestin.

Advertisement

Berusia 23 tahun, dia tetap cakna bahkan menyumbang kepada Palestin, namun merasakan tiada keperluan menguar-uarkan kepada khalayak.

“Mungkin siapa yang tak ikut saya, tak tahu apa saya buat selama ini. 

“Saya tetap menyokong Palestin dan beri sumbangan kepada penduduk di sana. Buat apa saya hendak menunjuk perkara itu kepada umum,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik