Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mawar Rashid Akur Tiada Persefahaman, Sahkan Sudah Bercerai

Pelakon, Mawar Rashid akhirnya mengakui sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob atas dasar tiada persefahaman.

mawar rashid akur tiada persefahaman, sahkan sudah bercerai

Berusia 28 tahun, Mawar berkongsi berita perpisahan tersebut atas persetujuan bersama tetapi mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

Advertisement

“Kami berdua sudah bersetuju untuk perpisahan ini atas dasar tiada persefahaman namun masih mempunyai hubungan baik.

“Fokus utama ketika ini ialah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami.

“Kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, insya-Allah,” katanya.

Mawar berharap para peminat dan orang ramai agar memberi ruang dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Raf ketika ini.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik