Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Marsha Milan Sedia Timang Anak, Jalani Rawatan IVF

Penyanyi, Marsha Milan berkongsi yang dia dan suami sudah mendapatkan kata sepakat untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan anak tahun depan.

marsha milan sedia timang anak, jalani rawatan ivf

Suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed juga telah berbincang bersama Marsha berkenaan rawatan tersebut.

Advertisement

"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.

"Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.

"Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.

"Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya," katanya.

Tambahnya, Marsha mengakui tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan orang sekelilingnya.

Kini, hampir tujuh tahun dia belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata setakat ini dan dia akan terus usaha serta ikhtiar bagi mendapatkan cahaya mata. 

"Tahun pertama berkahwin memang ada perasaan itu, tapi memasuki tahun kedua dan seterusnya saya okey saja. Saya minta mereka doakan  dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif.  

"Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat," jelasnya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik