Pelakon, Abby Abadi dilihat sedang berkumpul bersama keluarga, termasuk dengan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Malah, video tersebut juga dapat dilihat suaminya, Muhammad Faizal Zakaria dan keluarga bekas suami iaitu pelakon, Norman Hakim, Memey Suhaiza serta anak-anak mereka yang lain.
Advertisement
Namun, kelihatan Abby memeluk sambil mencium pipi Marissa, 19, semasa sesi bergambar bersama ahli keluarga telah mencuri perhatian ramai pihak.
Marissa juga tidak melepaskan peluang untuk memeluk adik-adiknya, seperti mahu melepaskan rindu dapat berkumpul untuk memenuhi jemputan di sebuah hotel terkemuka.
Pelakon, Norman Hakim yang juga bapanya duduk di sebelah Marissa dan menyuapnya makanan ketika perjumpaan mereka itu.
Sumber: Kosmo Online