Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Fuad Rahman Dan Tom Luah Rasa Syukur, Majlis Resepsi Telan Belanja RM1 Juta

Bekas bintang Gegar Vaganza 9, Fuad Rahman dan Tom diraikan dalam majlis resepsi yang meriah dan ia ditaja di acara mencecah nilai tajaan RM1 juta.

fuad rahman dan tom luah rasa syukur, majlis resepsi telan belanja rm1 juta

Majlis resepsi berlangsung di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru dan ia turut dihadiri dengan kehadiran rakan-rakan artis serta para peminat.

Advertisement

"Terima kasih Kak Ifa Raziah dan pasukan kerana meraikan majlis perkahwinan kami ini. Saya tak sangka kerana niatnya, kami ingin adakan majlis sederhana sahaja. Syukur, Alhamdulillah," jelasnya.

Malah, pasangan penyanyi ini juga berkongsi mengenai kisah cinta mereka yang berputik ketika berjumpa di program realiti Gegar Vaganza 9.

"Sejak GV9 juga, saya dah beritahu Tom bahawa saya ingin bersamanya sampai keluar uban saya, sampai akhir hayat. Saya memang sangat sayangkan dia.

"Berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak, semuanya terima dengan baik dan gembira apabila diberitahu bahawa kami ingin mendirikan rumah tangga," katanya.

Mereka juga menggayakan busana berwarna krim cerah ketika majlis resepsi di lokasi tersebut.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik