Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Madu Marissa Didakwa Bermusuh, Suka Buat Hal Sendiri?

Pempengaruh media sosial, Misya Mazlan didakwa tidak bertegur dengan madunya dan ramai yang menganggap mereka bermusuhan setelah suaminya melangsungkan perkahwinan kedua.

“Tidak bermusuh, ada jarak,” katanya.

Advertisement

madu marissa didakwa bermusuh, suka buat hal sendiri?

Malah, dia memaklumkan status hubungan bersama madunya, Marissa Dania Hakim ketika ini bukanlah seperti yang disangka.

Misya menegaskan dia tidak bermusuh dengan madunya tetapi mereka berdua membuat keputusan untuk tidak saling berhubung bagi memaklumkan tentang kehidupan masing-masing.

“Saya tak bermusuh pun dengan dia sekarang cuma ada gap (jarak).

“Kami buat hal masing masing dan tidak ‘update’ pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya.

Dia sendiri mengakui dia bukan berada dalam fasa yang baik ketika ini meskipun masing-masing saling berkongsi suami iaitu Ahmad Aslam.

“Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.

“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik