Skip to main content

Advertisement

Hiburan

KP Kesihatan Bakal Bersara Wajib 21 April, Lebih 35 Tahun Berkhidmat

Berkhidmat selama 35 tahun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan berakhir umum bakal bersara wajib pada 21 April ini.

kp kesihatan bakal bersara wajib 21 april, lebih 35 tahun berkhidmat

Berusia 60 tahun, beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlang.

Advertisement

Malah, beliau juga bertugas dalam masa mencabar ketika negara berhadapan Covid-19.

Beliau juga dianggap 'wira' rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

Usaha menangani krisis Covid-19 menyaksikan beliau dinamakan pelbagai media antarabangsa sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN).

Memetik laporan sebuah portal dan media tempatan, Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak sabar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas dia berundur pada 21 April ini, iaitu hari dirinya mencecah usia 60 tahun, iaitu umur persaraan wajib anggota perkhidmatan awam.

“Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa,” jelasnya.

Ditanya sama ada beliau akan menikmati tempoh persaraannya itu memandangkan dirinya dikenali sebagai seorang yang bekerja keras.

“Biar saya bersara dahulu dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya kemudian,” katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik