Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kereta Mewah Syamsul Yusof Terbakar? Apa Yang Terjadi?

Pengarah, Syamsul Yusof mendapat perhatian warganet apabila sebuah video tular yang memaparkan sebuah kereta mewah dipercayai miliknya berasap di tepi jalan.

kereta mewah syamsul yusof terbakar? apa yang terjadi?

Video berdurasi 11 saat milik seorang pengguna TikTok iaitu @cmfavorite atau Syaza jelas dilihat kereta berwarna kuning emas yang berasap dan mungkin mengalami kerosakan.

Advertisement

Malah, Syamsul yang berada di bahagian pemandu keluar dari kereta turut kelihatan dan berjalan ke tempat duduk penumpang dipercayai untuk mengenal pasti punca kerosakan berlaku.

@cmfavorite

 

♬ original sound - syaza

Namun, tiada jawapan atau kenyataan yang sahih lagi tentang apa yang berlaku terhadap kereta pengarah berkenaan sama ada kereta terbabit benar-benar rosak atau ia sebahagian dari penggambaran filem terbarunya.

Pelbagai reaksi yang diberikan warganet terhadap video tular itu dan banyak teori atau cakap-cakap tentang insiden kereta  miliknya terbakar.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik