Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Keputusan Tuntutan Cerai Adira, Datuk Red Bakal Diberikan 5 Mac Depan

Keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik penyanyi, Adira Suhaimi dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu berhubung proses penceraian mereka telah ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 5 Mac depan.

keputusan tuntutan cerai adira, datuk red bakal diberikan 5 mac depan

Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar menetapkan tarikh itu selepas prosiding perlantikan wakil JKP oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, telah selesai hari ini. 

Advertisement

Malah, Datuk Red melantik rakannya sebagai wakil JKP ketika dalam prosiding.

Sebelum ini, pada prosiding terdahulu Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, selaku plaintif telah selesai melantik kakaknya Emma Suhaimi bagi wakil JKP berkenaan.

Bagaimanapun Adira dan Datuk Red tidak hadir ke mahkamah hari ini dan kehadiran mereka dikecualikan.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik