Ahli keluarga Mohd. Ya’acob Demayati di Pontian bertindak untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen mengenai pembebasan bekas anggota polis tersebut.

Terdahulu, Mohd. Ya’acob sebelum ini dijatuhkan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat kerana membunuh penyanyi terkenal Allahyarham Along Spoon berasal dari Kampung Medan Sari, Batu 33, Jalan Johor Bahru-Pontian.
Advertisement
Malah, rumah Mohd. Ya’acob kini didiami oleh ibunya yang telah uzur berusia 90-an bersama anak perempuannya berusia 30-an.
“Minta maaf encik, kami tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini,” kata seorang anak saudaranya yang tinggal berhampiran rumah neneknya Kosmo! di sini hari ini.
Abang kedua kepada Mohd. Ya’acob, seorang bekas anggota keselamatan berusia 67 tahun yang dihubungi petang semalam juga tidak mahu memberikan sebarang komen berkenaan kes itu.
Sumber: Kosmo Online