Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hamdan Senario Meninggal Dunia, Keluarga Reda Pemergian Arwah

Pelawak dan anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli yang ditidurkan akibat komplikasi buah pinggang telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 12.50 tengah hari di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor hari ini.

hamdan senario meninggal dunia, keluarga reda pemergian arwah

Berita duka itu disampaikan anak bongsu Allahyarham, Nur Natasya Umairah, 20, menerusi mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Advertisement

“Assalamualaikum semua, khabar duka.

“Hamdan Ramly sudah tiada (meninggal dunia) sebentar tadi,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Namun, punca kematian masih belum disahkan ketika ini. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
 

SINAR Muzik Retro Terbaik