
Perkahwinan penyanyi Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff menemui noktah setelah hampir enam tahun bergelar suami isteri, apabila mereka dikatakan bercerai talak satu hari ini.
Advertisement
Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.
Sumber yang enggan dikenali berkata Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi.
Bahkan, dia dan bekas suaminya dikatakan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.
“Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar.
Sumber: Kosmo