Pertanyaan yang ditunggu-tunggu telah pun terjawab! Kesemua identiti maskot telah terbongkar!

Setelah mendominasi The Masked Singer Malaysia musim ke-4, maskot Bunga Matahari dinobatkan sebagai juara dengan markah keseluruhan sebanyak 80.91%, merungkai identitinya yang telah lama diteka oleh semua barisan juri dan para penonton iaitu Stacy.
Advertisement
Kedudukan naib juara dimenangi oleh Mat Helang (75.77%), diikuti oleh Sang Kancil (72.66%), Biskut Aiskrim (72.05%) dan Teratai (68.08%) di tempat ketiga, keempat dan kelima yang turut merungkai identiti di sebalik maskot iaitu Namiey, Danial Zaini, Adinda Tasya dan Nabila Razali.
Strim episod-episod The Masked Singer Malaysia Musim ke-4 secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.