Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir, 76, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, pukul 11 pagi, hari ini.

Sebelum itu, jenazah Hail selesai diurus dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana.
Advertisement
Lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan terdekat hadir sejak awal pagi tadi untuk memberikan penghormatan terakhir buat penyanyi dan pelakon popular era 1970-an itu.
Ramai juga rakan-rakan artis hadir termasuk Uji Rashid, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Yusof Haslam, Datin Salwa Abdul Rahman, Mubarak Majid, Abon dan ramai lagi.
Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: Kosmo Online