Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jay Jay Selamat Jalani Pembedahan, Ada Masalah Jantung

Penyanyi legenda, Jay Jay dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) jam 12.55 tengah hari, semalam.

jay jay selamat jalani pembedahan, ada masalah jantung

Berita tersebut dikongsikan Isterinya, Zaitoon, dia memaklumkan suaminya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan selama enam jam itu.

Advertisement

“Alhamdulillah, suami sudah selamat menjalani pembedahan. Doktor akan melakukan pemantauan seterusnya selama 12 jam lagi.

“Buat masa sekarang, suami saya masih belum sedarkan diri lagi. Saya akan beritahu jika ada perkembangan seterusnya daripada doktor,” katanya.

Tambahnya, dia dan anak-anak juga terkejut apabila mendapat tahu Jay Jay ada masalah jantung.

“Saya hanya tahu apabila dia tiba-tiba mendapat serangan jantung, baru-baru ini," katanya.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik