Pelakon, Jasmin Hamid kesal dengan sesetengah warganet yang mengutuk dirinya seperti nenek dan mengatakan tidak sepadan dengan suami yang muda.

Malah, dia menyifatkan tindakan keterlaluan individu yang bukan pengikut media sosialnya itu seolah-olah menidakkan kebesaran Tuhan.
Advertisement
“Astaghfirullah, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak. Awak pun bukan pengikut media sosial saya.
“Masuk ‘rumah’ saya tinggalkan komen begini. Awak tahu tak awak sudah sakitkan hati saya dan paling penting awak menidakkan kebesaran Allah,” katanya menerusi aplikasi TikTok.
Bagaimanapun, dia tetap memaafkan individu terbabit dan mendoakan kebaikan buatnya agar menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.
Sumber: Kosmo Online