Penyanyi Ning Baizura sedih apabila mengetahui ibunya cedera akibat tersepit di pintu kereta.
Tidak dinafikan, hubungan bersama ibunya Satilah atau Aunty Stella sangat rapat dan akrab sehingga membuatkan mereka kukuh ikatan kekeluargaan.
Advertisement

Malah, Aunty Stella juga merupakan segalanya bagi Ning Baizura bukan sahaja sebagai ibu bahkan seperti rakan baik.
Menurut perkongsian di laman Instagramnya, Ning berkongsi gambar ibunya yang mengalami kecederaan apabila jarinya tersepit di pintu kereta.
Penyanyi itu juga sebak apabila mengetahui kejadian ini menyebabkan jari ibunya itu berdarah. berdarah sehingga terpaksa dihantar ke hospital.
“Kasihan ibu saya. Mengalami kecelakaan kecil pagi ini! Ibu jarinya tersepit ke pintu kereta! Dia sangat sakit! Begitu banyak darah yang keluar.
“Patah ibu jari dan patah tulangnya! Malang sungguh! Doakan agar pembedahannya berjalan lancar. Insyallah.. Amin. Sekurang-kurangnya ia hanya ibu jarinya,” tulisnya di kapsyen.
Ning bergegas ke hospital dan menemai ibunya sendirian di hospital tanpa suaminya yang berada di luar negara atas urusan kerja.
Anak-anaknya juga tidak dapat bersama di hospital kerana larangan individu berusia 12 tahun ke bawah di kawasan hospital.
“Saya sangat risau dan penat tetapi seseorang harus menjaga kubu ini. Ya, Allah. Permudahkanlah segalanya. Aminnn...,” tulisnya lagi.
Semoga semua urusan dipermudah buat mereka berdua dan para peminat mendoakan buat kesihatan ibu Ning Baizura agar sembuh sedia kala.
Sumber: Getaran