Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jaclyn Victor Akui Hilang Suara, Guna Nota Di Telefon Untuk Berkomunikasi

Penyanyi, Jaclyn Victor mendedahkan suaranya telah hilang akibat berdepan masalah Laryngitis atau keradangan tekak.

jaclyn victor akui hilang suara, guna nota di telefon untuk berkomunikasi

Menurut pengurusnya, Zulaikha, dia memaklumkan penyanyi itu berdebar untuk membuat persembahan minggu kesembilan pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10), Ahad ini kerana ia juga menyerang pita vokal.

Advertisement

“Tekaknya mula sakit sejak Selasa minggu lalu sehingga terpaksa berjumpa doktor sebelum dapat meneruskan persembahan konsert minggu kelapan GV10.

“Semalam suaranya semakin tak jelas ketika menghubungi saya untuk memaklumkan susah nak bercakap.

“Doktor minta dia berehat serta jangan memaksa diri bercakap kerana boleh memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Jaclyn juga dilihat terpaksa menggunakan aplikasi WhatsApp atau nota dalam telefon bimbit untuk berkomunikasi.

Tambahnya, dia hanya menunjukkan teks yang ditaip pada skrin telefon menjawab soalan yang ditanya pihak media dan menyatakan keraguan untuk minggu akan datang ini.

Sumber: Kosmo Online / MStar
 

SINAR Muzik Retro Terbaik