Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suara Jaclyn Victor Jadi Penentu, Berjaya Rangkul Juara All Stars Gegar Vaganza

Penyanyi Jaclyn Victor sendiri tidak menyangka apabila namanya telah diumumkan sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (GV10).

suara jaclyn victor jadi penentu, berjaya rangkul juara all stars gegar vaganza

Hampir 12 minggu berentap, Jaclyn berjaya menewaskan para peserta lain dan pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi emas sumbangan Astro.

Advertisement

Dia berjaya menambat hati juri dengan membawakan lagu When You Believe untuk segmen solo manakala berganding bahu bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan untuk segmen duet.

Malah, dia juga dilihat lebih menyerlah dalam pusingan battle bersama 3 bintang yang lain dengan menyanyikan lagu genre K-Pop.

Kesemua finalis bakal membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan KakiJalan dan trofi Gegar Vaganza.

Oleh: Muhammad Izwan Bin Zainal
 

SINAR Muzik Retro Terbaik