Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jalan Licin Punca Ismail Izzani Kemalangan Motosikal

Penyanyi, Ismail Izzani berkongsi gambar jelas dilihat lututnya berdarah dan dia mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.

jalan licin punca ismail izzani kemalangan motosikal

Dia terlibat dengan kemalangan tersebut ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi sekitar pukul 8 malam tadi.

Advertisement

Menurut pengurusnya Gizmo, penyanyi itu hilang kawalan akibat jalan licin ketika dalam perjalanan ke sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, Ismail tidak berdepan kecederaan serius, cuma luka pada kedua-dua tapak tangan serta bahagian lutut selepas ‘tersagat’ jalan tar.

“Saya difahamkan kejadian berlaku di sekitar ibu negara dan keadaan jalan pula basah yang mungkin mengakibatkan motosikal ditunggangnya tergelincir.

“Mujur kebetulan tiada kenderaan lain yang rapat dengan jenteranya, selain ada beberapa rakan turut bersamanya ketika itu,” katanya.

Tambahnya, penyanyi itu sudah mendapatkan rawatan lanjut dan hanya perlu berehat di rumah untuk beberapa hari.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik