Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah sujud syukur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dirinya daripada pertuduhan mengedar dadah dua tahun lalu.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian terhadapnya selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Advertisement
Ismahalil kelihatan sebak lalu sujud syukur selepas keputusan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil, 50, didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Ismahalil sebelum ini merupakan saksi pembelaan pertama memberitahu mahkamah bahawa bilik tingkat atas kediamannya di Jalan Semarak di mana dadah ditemukan ketika serbuan polis bukan digunakan olehnya secara eksklusif malah turut digunakan oleh pihak-pihak yang lain.
Bilik tersebut turut digunakan oleh deejay dan krew stesen swasta sebelum mereka ‘on air’ serta dijadikan ruang persinggahan pihak pengurusan kedai dan tetamu.
Sumber : Astro Awani & BERNAMA