Selebriti versatil zaman 1980-an, Isma Aliff diberikan kebenaran keluar dari Hospital Ampang, Jumaat lalu dan kini berada di kediaman ibunya di Ampang Jaya.

Isma, 59, dan ibunya berusia 79 tahun yang turut terlantar sakit, menerima dua katil sumbangan sebuah masjid dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan mereka.
Advertisement
Setakat ini, Isma hanya bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi tiub dan masih tidak boleh makan secara normal.
"Saya belum boleh makan nasi dan hanya bergantung kepada susu khas yang berharga lebih RM100. Jadi tenaga saya masih belum ada.
"Selain itu, saya kena buat urutan terapi untuk pulihkan strok. Saya boleh bergerak tapi agak sukar juga dalam keadaan sekarang.
"Saya dah mulakan urutan secara ringan. Insya Allah dengan urutan dan akupuntur mungkin keadaan saya akan bertambah baik," katanya.
Sementara itu, adiknya Shamsidah Ismail menguruskan abang dan emaknya termasuk menukar lampin pakai buang mereka setiap hari.
Sumber: Harian Metro