Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dedah Kes Kepada Umum, Ira Kazar Bakal Saman JAWI

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar akan mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas pendedahan pihak tersebut kepada umum mengenai tuduhan persetubuhan luar nikah sebelum kahwin.

Menurut peguam yang mewakili Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, tindakan saman akan diambil kerana pendedahan yang dibuat.

Advertisement

“Berkenaan dengan kenyataan Puteri Sarah mengenai siasatan-siasatan daripada Jawi itu, ia masih belum selesai dan dalam siasatan lagi.

“Isu berkenaan masih disiasat dan terdapat perkara yang boleh dipersoalkan. Jadi, tindakan undang-undang telah pun diambil kepada Jawi,” kata peguam Ammar Ghalip pada Rabu.

Pada Rabu, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya Puteri Sarah bahawa dia melakukan persetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan Ira Kazar.

Jelas Syamsul lagi, dia tidak pernah melakukan perbuatan seperti yang didakwa serta mempersoalkan ketelusan Jawi.

Ira berkata, pihaknya akan menyaman Jawi pada minggu hadapan berikutan pendedahan kesnya kepada umum.

“Ira akan saman Jawi. Minggu depan kami akan failkan saman," ujarnya.

Sumber : Kosmo 

SINAR Muzik Retro Terbaik