Para peminat terkejut apabila mengetahui aktor Cillian Murphy sanggup mengamalkan diet ketat bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih kurus.

Dia nekad untuk melakukan tindakan tersebut untuk menjayakan watak dalam filem baharunya berjudul Oppenheimer.
Advertisement
Rutin diet ketat tersebut memaksa Murphy hanya makan sebiji badam sehari bagi menjayakan karakter sebagai pakar bom atom bernama J. Robert Oppenheimer.
Emily Blunt yang merupakan aktres gandingannya itu telah mendedahkan perkara tersebut.
“Usahanya untuk filem ini sangat luar biasa, tidak ambil makanan lain dan hanya sebiji buah badam sehari.
“Namun, dia tidak menggalakkan orang lain meniru rutin dietnya kerana dianggap tidak sihat dan boleh memudaratkan diri,” katanya.
Sumber: Kosmo Online