Datin Janet Yeoh, ibu pelakon terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh sangat berbangga dan sentiasa memberikan sokongan kepada anaknya setelah memenangi anugerah Oscar.
"Dia seorang yang bekerja keras, rajin dan sangat berusaha. Saya amat berbangga dengan kejayaannya," katanya.
Advertisement

Tambahnya, beliau memperoleh anugerah Pelakon Wanita Terbaik, di Anugerah Academy atau Oscar bagi edisi Ke-95.
"Saya anggap kejayaan Michelle menang Oscar itu, hadiah sempena hari jadi saya yang akan dirai pada bulan depan. Ditambah, dia (Michelle) juga akan balik ke Malaysia untuk kami meraikannya bersama-sama nanti.
"Saya tak sabar menanti kepulangannya. Apapun, saya sangat berterima kasih kepada semua yang menyokong perjuangan karier lakonan Michelle selama ini. Kemenangan sangat bermakna yang ditunggu-tunggu oleh kami semua," jelasnya.
Malah, beliau juga berbangga dengan kejayaan tersebut dan menganggap ia hadiah istimewa untuk keluarga selain mengharumkan nama Malaysia.
Sumber: Harian Metro