Pergolakan rumah tangga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Malah, Aliff tidak mahu menceraikan isterinya, Bella Astillah, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Khamis.
Advertisement
“Ini bukan keputusan yang boleh difikirkan dalam masa sehari, saya perlukan masa untuk sediakan keputusan yang besar,” katanya.
Namun, ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil memohon agar semua mendoakan yang terbaik untuk anaknya selepas penyanyi itu mengambil pendirian untuk tidak melafazkan cerai terhadap isterinya, Bella Astillah.
Tambahnya, dia juga menyeru untuk semua fokus mengejarkan amalan 10 Ramadan terakhir ini.
Sumber: Kosmo Online