Penyanyi, Ibnor Riza yang ditidurkan akibat penyakit yang dihadapinya, dia juga dikejarkan ke hospital setelah pengsan sebanyak tiga kali.

Namun, isteri kepada penyanyi popular era 80-an, Sarimah Sulaiman itu menyampaikan berita baik apabila suaminya sudah mula sedar.
Advertisement
"Alhamdulillah, keadaan suami (Ibnor) lebih baik dari semalam. Dia sudah sedar dan boleh bercakap," katanya.
Berusia 51 tahun, Sarimah mengatakan dia hanya dapat tahu suaminya sudah mula sedar dari ditidurkan ketika datang melawat di hospital pada jam 1.15 petang tadi.
"Suami sudah boleh makan melalui saluran tiub dan hanya dibenarkan minum susu sahaja.
"Jika keadaan kesihatannya bertambah baik, doktor akan memindahkannya ke wad biasa," jelasnya.
Tambahnya, Ibnor juga masih di tahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan pemantauan doktor sejak dua hari lalu.
"Hasil perbincangan keluarga kami hanya menghadkan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat di wad.
"Doktor juga hanya membenarkan seorang pelawat atau waris yang boleh melawat pesakit dalam satu masa di wad ICU," ujarnya.
Dia memohon doa daripada semua peminat dan rakan artis buat kesihatan suaminya itu.
Terdahulu, penyanyi itu dilaporkan menghidap pelbagai penyakit seperti bengkak leher, kencing manis, darah tinggi, migrain serta kehilangan suara sejak tiga bulan lalu.
Sumber: Harian Metro