Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Suara Lemah, Tiada Selera Makan” - Ibnor Riza Sesak Nafas, Kini Jalani Rawatan Di Hospital

Penyanyi popular zaman 80an, Ibnor Riza masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas.

“suara lemah, tiada selera makan” - ibnor riza sesak nafas, kini jalani rawatan di hospital

Menurut perkongsian rakannya, Nizam Laksamana di laman Facebook, Ibnor dilaporkan hampir pitam setelah sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital.

Advertisement

Malah, Ibnor Riza juga mengalami tekanan darah rendah, tiada selera makan dan beberapa gejala lain.

“Rentetan dari penyakit yang dialami tempoh hari, sekarang dia sakit kepala yang teruk(hampir pitam). Suara yang lemah, tiada selera makan dan tak boleh bercakap macam biasa.

“Tekanan darah rendah, tidak boleh menelan makanan, juga beberapa simptom penyakit yang belum dapat diketahui secara terperinci. Sebelum ini pun beliau telah mendapat rawatan di klinik. Mudah-mudahan di HKL ini dapatlah beliau dirawat secara menyeluruh,” ujarnya.

Tambahnya, Nizam memohon semua peminatnya untuk mendoakan kesihatan sahabatnya yang sedang menerima rawatan ketika ini.

“Marilah kawan-kawan sama-sama kita doakan kesembuhan beliau. Mudah-mudahan ada doa dari kawan-kawan yang Allah S.W.T perkenan dan angkat doa kawan-kawan dan Allah S.W.T sembuhkan beliau dari apa jua sakit yang beliau alami,” tulisnya di kapsyen.

Terdahulu, penyanyi tersebut dilaporkan menghidap penyakit sehingga mengakibatkan leher membengkak, hilang suara, kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal.

Sumber: Astro Awani
 

SINAR Muzik Retro Terbaik