Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ibnor Riza Hilang Punca Pendapatan, Tetap Kuat Untuk Keluarga

Penyanyi Ibnor Riza yang sedang menghidap penyakit kanser limfomia mengakui dia terpaksa menolak 15 pertunjukan termasuk yang terbaru di Singapura bulan lalu.

ibnor riza hilang punca pendapatan, tetap kuat untuk keluarga

Berusia 62 tahun, Ibnor juga hanya berehat di rumahnya di Taman Intan Duyung, Port Dickson buat masa ini dan perlu mengikuti sesi perubatan kimoterapi di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Advertisement

"Saya perlu kuatkan semangat demi anak-anak dan isteri, Sarimah Sulaiman, 51, yang menjaga saya dan menyerahkan takdir kepada Allah.

"Mulanya ada bengkak kelenjar di leher, saya buat tak tau, ingatkan kelenjar biasa yang kecil, lama kelamaan dia membengkak besar dan mula terasa sakit sebelum membuat pemeriksaan di hospital," katanya.

Tambahnya, dia mendedahkan punca pendapatannya selama ini telah hilang akibat keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan dan hanya bergantung kepada sedikit simpanan sepanjang bergelar penyanyi.

"Saya menyanyi bermula dari tahun 1986 dan sejak itu saya tidak melakukan sebarang pekerjaan lain malah rumah yang saya duduk ini pun adalah rumah yang dibeli anak saya.

"Kalau orang tengok, memang saya ada sebuah kereta jenis Mercedes lama tetapi ia dibeli lama dahulu ketika aktif menyanyi dan anak bongsu masih bersekolah," katanya.

Ibnor sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Persatuan Karyawan Malaysia dan artis veteran DJ Dave yang turut membantu.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik